tolong tekan sini

Thursday 5 January 2012

Mulakan 2012 dengan secangkir darah

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/389878_10150510118169281_261707319280_8423018_722912960_n.jpg


https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/381884_10150504326654281_261707319280_8386627_1382459004_n.jpg
http://roketkini.com/wp-content/uploads/2012/01/pix-for-mulakan-2012-dengan.jpg
5 JANUARI – Aku ini penggemar kopi. Aroma kopi awal pagi (atau lewat petang, bergantung pukul berapa bangun tidur) adalah cara mudah untuk buka luas kelopak mata. Ada mazhab lain yang lebih cenderung ke bilik mandi dan basuh muka, atau yang lebih gemar minuman coklat; tetapi tidak aku. Kopi, itu yang aku mahu. Itu ritual piawai bila bangun tidur. Ritual bila ada kemampuan untuk beli kopi.
Awal pagi 1 Januari, tidak ada kopi. Jam 3.30 pagi, Eekmal talipon. “Hilman kena tangkap,” kata Eekmal. Lima minit sebelumnya aku sudah baca di garis masa Twitter. “Safwan Anang nazak dibelasah polis.” Demikian propaganda mahasiswa meraih simpati Twitterjaya supaya datang berhimpun di Tanjung Malim awal pagi buta kerana katanya polis sudah menggila sepak terajang anak mahasiswa.
Safwan, ketika aku sampai tidak berada di sekitar UPSI. Sudah dibawa ke hospital katanya dengan ambulan. Dipanggil ambulan itu kerana polis yang baik hati telah mencabut kunci kereta yang mahu digunakan untuk menghantar mahasiswa malang itu ke hospital. Kereta anak mahasiswa malang yang itu pula diserang dan cermin depannya cuba dipecahkan. Bukti bergambar menunjukkan demikian.
Safwan, peneraju BEBAS, organisasi mahasiswa yang akhir-akhir ini mendesak hebat pemansuhan AUKU dan kebebasan akademik, tidak sedar diri untuk waktu yang panjang akibat usaha polis untuk menahan beliau. Giginya patah, mata kirinya terkatup dek kerana mukanya ditumbuk, punya kesukaran bernafas kerana didakwa telah diinjak oleh sepatu pihak keselamatan. Safwan tidak melawan. Tiada daya, pastinya. Dia hanya anak mahasiswa yang kecil molek. Suaranya juga lembut dan punya peribadi menjaga tutur kata.
Safwan, ketika akhirnya membuka mata dan mampu bersuara bertanya lembut kepada yang dikeliling katil hospital, “Kawan-kawan yang lain di mana? Mereka okay?” Hek eleh, kau tu mata pun tak boleh bukak. Gigi pun patah, kau risau diri kau lah. “Tak apa, saya okay. Kawan-kawan macam mana?”
Si Hilman yang popular dengan kes UKM4-nya tenang-tenang di Balai Polis Tanjung Malim. Uniknya balai ini, letaknya hanya sepelaung dari pintu utama UPSI, bersebelahan dengan masjid. Hilman disumbat masuk ke lokap banjir, bau mengalahkan longkang. Selayaknya mungkin bagi seorang pejuang hak asasi mahasiswa, biarpun kini sudah graduasi.
Hakikatnya mudah, polis telah berkasar dengan mahasiswa, dan ada antaranya yang cedera teruk. Awal pagi 1 Januari 2012 disambut dengan secangkir darah anak muda mahasiswa.
Jadi kenapa harus sampai disepak terajang dan dilayan macam haiwan? Keselamatan siapa yang mahu dijaga sampai perlu pijak henyak mahasiswa?
Tak cukupkah yang kerajaan bagi?
Soal kebebasan akademik adalah soal nasional. Ini bukan soal sentimen atau soal romantisme pasca syarah umum Fahmi Reza. Sungguh, syarah-syarah itu telah memberi inspirasi tentang kehidupan sebelum ada AUKU; kehidupan kampus yang lebih terbuka, kritis dan berani.
AUKU, sebagai suatu aparat menambat mahasiswa di meja studi adalah kezaliman yang membodohkan. Justeru lahirlah sekelompok besar graduan universiti yang selesa dan redha membayar hutang pengajian sambil tersenyum tanpa rasa bersalah apabila dengar cerita suami menteri serta anak pinaknya kaya raya dapat pinjaman mudah kerajaan untuk ternak lembu. Bagi kelompok ini, dengan langkah begitu, orang Melayu akan tambah maju.
Kenapa mahasiswa beriya mahu hapus AUKU? Apa tidak cukup ruang diberi kerajaan untuk belajar dan timba ilmu? Tidak cukup kemudahan infrastruktur di kampus? Tidak cukup kedai makan disubsidi untuk kenyangkan mahasiswa? Di mana yang anak mahasiswa ini semua pedih sangat dengan AUKU dan soal kebebasan akademik?
Mari aku tunjukkan di mana pedihnya anak mahasiswa sampai sanggup buat kerja gila baring atas jalan depan UPSI sampai perlu dileraikan dengan kekerasan polis. Sifir dalam cerita ini sangat mudah, segalanya bermula dengan masalah-masalah dalam negara yang berpokok pangkal kepada partai pemerintah, United Malays National Organisation. Di sinilah puncanya bagaimana pergulatan mahasiswa akhirnya terkait politik kepartaian.
Ramai yang tidak nampak, mari sini aku cerahkan
Kita mulakan dari Tanjung Malim, di bumi tumpahnya darah anak mahasiswa pada pagi tahun baru 2012, di depan pagar Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nama manja UPSI ini, ramai tidak tahu; termasuklah aku. Selain namanya yang berbunyi seolah baru tersedar melakukan kesalahan itu, UPSI dikenal sebagai ‘Suluh Budiman’.
Sekitar 1957, si Suluh Budiman inilah yang bertanggungjawab melahirkan segolongan intelek Melayu nasionalis guna mengisi ruang kemerdekaan. Antara lain, nama-nama besar yang lahir dari Tanjung Malim termasuklah Senu Abdul Rahman, Embong Yahya, Syed Nasir Ismail, Ibrahim Yaakob, Abdul Rahman Talib dan Abdul Ghafar Baba.
Nama-nama lain dalam bidang sastera budaya antara lain Haji Buyung Adil, Harun Aminurrashid, Abdullah Sidek, Shahrom Hussein, Awang Had Salleh dan ramai lagi. UPSI adalah kilang tenaga pendidik anak bangsa, pengisi kemerdekaan.
Tidak perlu hairan kenapa mereka kritis dan responsif. Mahasiswa melihat masalah-masalah negara hasilan kebobrokan UMNO dan Barisan Nasional. Mahasiswa tahu bahawa masalah-masalah ini lahir daripada kebijakan UMNO yang gagal. Justeru membuaklah rasa di dada untuk menyuarakan kritik-kritik itu.
Malang bagi mahasiswa, ada pula satu malaon bernama AUKU yang menutup mulut mereka ini. AUKU ini tidak memberi izin untuk menyatakan simpati kepada idea puak-puak yang tidak bersetuju dengan pemerintah. Maka dilawanlah malaon yang satu ini di awal pagi Januari 2012.
Malang lagi bagi anak mahasiswa, AUKU ini kerja buat pemerintah yang mahu kekal kuasa, kerana katanya mahu kekalkan ketuanan dan kepemimpinan. Maka dikerahlah sekalian aparat keselamatan untuk menyelamatkan si pemerintah daripada desakan anak mahasiswa.
Tambah malang, aparat keselamatan ini pula tidak selalunya cerdik. Kita sudah digemparkan dengan pengakuan seorang pegawai FRU yang menyatakan bahawa dia tidak tahu bangunan yang sedang ditembaknya dengan meriam air pada 9 Julai tahun lalu ialah Hospital Tung Shin, padahal tembakan dihalakan tepat ke papan tanda yang tertulis besar ‘Hospital Tung Shin’.
Mahasiswa melawan akar masalah
Malang bertimpa-timpa. Maka disepak terajang sekalian mahasiswa, malah dituduh pula kemudiannya bahawa si mahasiswa cedera kerana perbuatan sendiri. Mungkin kerana dulu ada seorang perdana menteri yang menuduh lawannya yang juga mantan timbalannya menumbuk muka sendiri dalam penjara hingga pecah mata dan lebam teruk.
Maka apa nak dihairankan apabila mahasiswa akhirnya melawan akar masalah, yakni regim kerajaan pimpinan United Malays National Organisation, dan dilihat memihak kepada mana-mana kelompok yang turut sama menentang organisasi etnosentrik ini.
Rasa macam darah pukul kepala? Pening? Sakit dada? Itu sebabnya jangan mulakan hari dengan secangkir darah mahasiswa. Cari kopi panas, itu lebih baik.
Mana aku letak cawan kopi aku tadi? 

http://roketkini.com/wp-content/uploads/2012/01/pix-for-polis-keganasan-upsi.jpg

Polis didesak sisasat keganasan polis di UPSI
Sekumpulan aktivis mahasiswa telah membuat laporan polis terhadap insiden keganasan polis di perhimpunan aman di luar perkarangan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim di ambang tahun baru 2012.
Kumpulan mahasiswa BEBAS yang diwakili oleh Haziq Abdul Aziz membuat laporan polis tersebut di IPD Dang Wangi jam 2 petang semalam.
Dalam laporan itu, mahasiswa mendesak polis agar membuat siasatan secara bebas dan terbuka terhadap dakwaan insiden-insiden keganasan melampau yang digunakan terhadap peserta perhimpunan aman.
Antaranya insiden pembelasahan Safwan Anang oleh pihak polis sehingga terpaksa mendapatkan rawatan hospital, dan juga dakwaan bahawa ramai demostran turut dibelasah polis seperti disepak, dipijak dan disembam muka mereka di atas jalan raya.
Seorang jurucakap kumpulan mahasiswa berkenaan berkata bahawa janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjunjung demokrasi dan hak asasi adalah satu penipuan kerana kerajaan Malaysia pada 1990 telah menerima Prinsip Asas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Terhadap Penggunaan Kekerasan dan Senjata Api yang menyekat kekerasan polis.
“Mahasiswa tiada apa-apa senjata. Hanya ada suara, suara itu menuntut kebebasan akademik, namun dipukul, dipijak dan dihalang daripada mendapat rawatan perubatan mahu pun guaman,” kata jurucakap itu.
Menurutnya, ia jelas merupakan satu kesalahan berunsur jenayah yang harus disiasat secara adil dan individu-individu yang bersalah harus dihadapkan ke mahkamah.

http://roketkini.com/wp-content/uploads/2012/01/pix-for-tragedi-upsi.jpg
Tragedi UPSI: Bukti UMNO-BN pinggirkan mahasiswa
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang bertindak zalim terhadap mahasiswa dan menuntut agar Datuk Seri Najib Razak campur tangan segera terhadap tragedi UPSI untuk membuktikan ketelusan Perdana Menteri dalam Program Transformasi Negara.
Ketua Parlimen DAP Lim Kita Siang berkata, apa yang berlaku terhadap pelajar adalah akibat keganasan pihak polis dan ia tidak patut berlaku kerana cara terbaik menanganinya ialah melalui pentadbiran universiti.
“Kejadian pada ambang tahun baru itu sangat dikesali, malah Perdana Menteri sendiri patut menunjukkan keperihatinannya supaya kejadian seperti itu tidak berulang lagi,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur menjelaskan, mahasiswa sekarang mahukan  kebebasan akademik dan kebebasan berfikir dengan mansuhnya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Dalam masa sama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Majlis Pimpinan Pakatan kesal dan mengutuk sikap keras kerajaan Barisan Nasional terhadap tragedi tersebut.
“(Malah, menyesal) dengan sikap beberapa universiti yang mengongkong pemikiran, yang menghalang wacana bebas bertentangan dengan semangat pendidikan dan tradisi akliah dan ilmu,” katanya.
Beliau yang juga Ketua Umum PKR, isu yang menyentuh kedudukan mahasiswa dan anak muda adalah antara yang akan dibincangkan selain beberapa penambahan isu pokok bagi manifesto Pakatan untuk pilihan raya ke-13.
Konvensyen Pakatan Rakyat ketiga yang bertemakan “Bersihkan Malaysia” akan diadakan di Alor Setar pada 14 dan 15 Januari ini.

Polis tidak tunjukkan bukti penuh insiden di UPSI, kata peguam Safwan

Oleh Mohd Farhan Darwis
January 05, 2012
Safwan Anang (dalam kerusi ronda) keluar dari balai polis dengan peguam-nya selepas membuat report polis. — Foto oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 5 Dis — Polis tidak menunjukkan bukti penuh insiden demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) malam tahun baru lalu, menurut peguam yang mewakili Muhammad Safwan Anang, pemimpin mahasiswa yang mengalami kecederaan dalam insiden pertempuran polis dan mahasiswa tersebut. Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi (gambar) yang mewakili  Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) itu mendakwa rakaman yang disiarkan polis di kaca televisyen adalah rakaman sebelum insiden pertempuran, dan pihak berkuasa berkenaan tidak menyiarkan rakaman penuh insiden tersebut.
“Kami dapati pihak polis tidak menunjukkan video penuh dalam kejadian di UPSI tempoh hari. Apa yang ditayangkan adalah video sebelum insiden tersebut, mereka tidak mengeluarkan rakaman semasa kejadian itu berlaku.
“Sehubungan itu, kami akan mengemukakan video tersebut yang mempunyai bukti kekasaran pihak berkuasa terhadap mahasiswa,” tegasnya di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi selepas Safwan selesai membuat laporan polis atas dakwaan pihak polis menggunakan kekasaran terhadapnya.
Dalam laporan polis yang dibuatnya, Safwan mendakwa dia telah ditumbuk di bahagian kiri mukanya, dan disepak menggunakan lutut yang mengakibatkan kecederaan di bibir, dan patah beberapa batang gigi serta turut tidak sedarkan diri selama lebih kurang sejam dalam insiden tersebut.
“Ketika demonstrasi itu, anggota polis beberapa orang polis yang berpakaian preman yang memakai vest polis menyerbu kami dan menarik saya ke arah lain secara paksa dan kasar.
“Saya telah ditumbuk dengan kuat di bahagian muka kiri yang mana hasil daripada tumbukan tersebut, bibir sebelah kiri dan mulut saya pecah dan berdarah.
“Kemudiannya saya ditundukkan dan di dihentak menggunakan lutut di bahagian rusuk kanan, akibat daripada itu, saya mengalami sesak nafas dan tidak sedarkan diri,” jelas Safwan yang berkerusi roda ketika hadir di balai polis.
Menurutnya lagi, dia turut cam anggota polis yang telah memukulnya melalui rakaman video yang berada di dalam simpanannya.
Kenyataan Safwan itu turut disokong melalui laporan kesihatan yang dikeluarkan doktor yang merawatnya.
Dalam kejadian di UPSI malam tahun baru itu, seramai 60 mahasiswa daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) telah melakukan demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Kumpulan terbabit telah bertempur dengan anggota keselamatan selepas dipercayai ingkar arahan bersurai dan hasil daripada kejadian tersebut, 17 daripada telah ditahan dan dua termasuk Safwan mengalami kecederaan.

No comments:

Post a Comment