Teringat ketika masih kanak-kanak ketika menonton filem P.Ramlee, aku pernah bertanya kepada ibu... "umi, kenapa orang dulu-dulu tak ada warna?" ibu hanya ketawa dan menjelaskan perkara sebenar.. namun jauh disudut hati, teringin rasanya melihat filem-filem P.Ramlee kegemaran aku ketika itu di dalam warna sebenar.. aku mula membayangkan warna-warna yang mungkin wujud ketika itu .. serta timbul juga persoalan seperti.. "warna apa agaknya baju saloma?", "warna apa baju koboi adik cikgu norkiah pakai tu?" "apa agaknya warna badan jin dalam filem ahmad albab?" Namun aku akhirnya akui keindahan filem-filem lama bukan terletak pada warna, tetapi kehidupan-kehidupan watak yang diwarnai pelakon-pelakon hebat pada ketika itu...
Kini masa berlalu, dan dengan berbekalkan sedikit pengetahuan dunia grafik... inilah hasil-hasil untuk dikongsi bersama.. :)
Kini masa berlalu, dan dengan berbekalkan sedikit pengetahuan dunia grafik... inilah hasil-hasil untuk dikongsi bersama.. :)

gambar asal hitam putih di atas ini diperolehi dari blog Writing by Amir terima kasih dankudos untuk amir kerana telah scan gambar ini dengan resolusi tinggi dan jelas.. amat menyeronokkan untuk kerja-kerja editing warna.. :)




No comments:
Post a Comment