tolong tekan sini

Thursday, 5 January 2012

Sepetang bersama Khalid Ibrahim

http://roketkini.com/wp-content/uploads/2012/01/pix-wawancara-khalid-ibrahim-LUAR.jpg
Tan Sri Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar Selangor yang merupakan seorang bekas tokoh korporat. Sebagai ahli politik, beliau juga adalah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Adun Ijok di Selangor. Beliau telah meluangkan masa bersama wartawan Roketkini Amaluddin Zhafir dan Mazir Ibrahim untuk berkongsi pandangan tentang kejayaan kerajaan negeri Rakyat Pakatan Selangor serta isu-isu politik semasa.
Boleh ceritakan sedikit latar belakang Tan Sri dalam politik?
Saya datang dari latar belakang yang mana saya mengurus dan memimpin syarikat besar. Terdapat lebih dari 20,000 orang pekerja yang bekerja di bawah saya. Saya datang dari syarikat korporat yang mengawal dan mengurus dengan jayanya hal-ehwal kewangan.
Apa yang saya boleh katakan ialah, saya tidak ada apa yang digelar sebagai waktu munasabah dalam menyesuaikan diri dalam arena politik. Saya sertai PKR pada 2006, saya aktif dalam politik selama dua tahun sehingga dilantik menjadi Menteri Besar. Jadi, pasukan kerja terbentuk secara bersama. Ia bukan seperti apabila anda berada dalam sebuah pasukan yang sedia ada dan kemudian bergerak menjadi sebuah organisasi. Itulah gambarannya.
Bagaimana dengan cabaran sebagai Menteri Besar ?
Apabila menjadi Menteri Besar, saya rasa seperti semua orang bercakap, “Kau dalam neraka sebab semua orang akan pastikan dan berharap kau akan gagal.” Saya hargai jika diletakkan begitu (neraka), tetapi saya juga tidak mahu mewujudkan sebuah neraka lain.
Malah, (bekas Timbalan Presiden PKR Senator) Dr Syed Husin Ali pernah berkata, “Saya ingatkan kamu Khalid, ramai kawan-kawan yang tidak sukakan anda, ia seakan melawan roh parti. Yang terbaik kita boleh buat ialah ‘potong tangan mereka’.” Tetapi berapa banyak (tangan) perlu saya potong dan berapa banyak pula tangan yang tidak patut saya potong? (ketawa)
Jadi akhirnya datang kepada kesimpulan bahawa, saya cuma ada dua pilihan sama ada mencari orang untuk saya cantas atau meneruskan program-program yang saya mahu lakukan untuk rakyat Selangor. Yang mana satu lebih yang penting? Jawapan saya ialah program-program untuk rakyat.
Jadi apa pula strategi saya? Bagaimana saya menggunakan sumber-sumber negeri untuk diterjemahkan kepada rakyat? Jadi, untuk menjadi pemimpin, perlu ada visi. Saya sangat tertarik dan suka untuk melakukan perkara-perkara sebegini. Saya bukan hanya bercakap, tetapi saya buat kerja.
Saya fikir, selepas tiga, empat tahun (memerintah dan mentadbir) saya tahu ramai yang berada bersama saya. Dan, sudah tentu ada juga yang tidak bersama saya, tetapi apabila lebih 70 peratus bersama saya, itu boleh diletakkan diri saya sebagai berjayalah. Malah, ketika ‘zaman kegemilangan UMNO-BN’ mereka pun tak dapat 50 peratus sokongan dari penjawat awam. Sesetengah dari mereka tidur ketika bekerja. (ketawa) Jadi itulah sebabnya saya tidak terlampau reaktif kerana saya cuma lebih reaktif kepada kejayaan program-program sahaja.
Bagaimana Tan Sri menterjemahkan usaha menjadi satu kejayaan ?
Pertama kali saya melangkah masuk pejabat, saya akan bertanya tentang ‘akaun negeri’ maksudnya balance sheet, sama ada ada keuntungan atau pun kerugian. Di sini, apa yang saya maksudkan ialah saya mencari kekuatan akaun negeri dan menyoal berapa banyak duit dan dana yang kita ada.
Dan sudah tentu, kakitangan awam negeri, yang sudah punya pengalaman, tahu ia adalah satu perkara yang mudah, jadi jawapan mereka ialah, “Ya, kita ada lebih RM400 juta duit dalam tangan.” Tetapi mereka tidak sedar saya melihat bukan dari jumlah wang tersebut tetapi pulangan duit itu. Jadi saya tanya pula apakah kadar yang kita dapat untuk bulan itu? Soalan itu meletakkan mereka dalam keadaan tidak selesa dan ganjil kerana mereka tidak fikir itu adalah perkara penting.
Jadi saya lihat sendiri akaun dan pulangan wang itu dan mengarahkan mereka untuk mengirim ucapan salam saya kepada pegawai bank yang mengambil wang kita. “Apa ini? Ada yang tak kena dengan MB ni, utus salam kepada orang lain (pegawai bank),” mereka tertanya-tanya. Bagaimana pun, mereka mengambil saranan saya dan setelah berjumpa dengan pegawai bank itu, selang dua hari kemudian, pegawai awam ini berjumpa saya dan berkata, “Ya, mereka sambut salam MB, dan mereka juga menaikkan kadar kepada dua peratus.”
Jadi ini apa maksudnya? Ini bermaksud dengan kadar dua peratus setahun dari RM400 juta, kami telah meningkatkan pulangan faedah sebanyak RM8 juta. Secara langsung ia bermaksud, cabaran kepada saya adalah memastikan bahawa saya dapat mengenal pasti sumber-sumber negeri dan terjemahkan untuk memberi keuntungan kepada rakyat Selangor. Dari itu, saya atur satu perancangan menjadi objektif kerajaan negeri kepada apa yang dipanggil Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Apa pandangan Tan Sri tentang prestasi Exco dan Adun Pakatan Rakyat?
Pandangan terhadap mereka sudah tentu perlu diakui bahawa sebahagian daripada mereka adalah baru dalam hal-hal sebegini. Kita perlu bersama-sama dengan mereka. Tetapi secara keseluruhan, yang bernasib baiknya ialah, mereka telah ada pengalaman mengendalikan program. MES (program Merakyatkan Ekonomi Selangor) berjaya apabila mereka meluangkan sepenuh masa dan jiwa kepada rakyat. Itulah yang telah dan perlu diterapkan lagi dalam diri.
Yang keduanya, saya rasa sesetengahnya mempunyai bakat terutamanya dalam berorganisasi, menyelesaikan masalah rakyat, menghargai birokrasi. Maka, ini menunjukkan mereka juga bagus dan pandai berbanding UMNO-BN.
Bagaimana pula peranan dan kerjasama penjawat awam negeri ?
Tidak, soalan yang sepatutnya ialah bagaimana penjawat awam respon kepada usaha saya. Soalan ini penting kerana ia bukan seperti bermain bola dengan membawa pengadil sendiri, bawa doktor sendiri dan sebagainya, bukan seperti itu. Perkara ini ialah, anda datang keseorangan sementara semua orang sudah berada di tempat masing-masing.
Bagaimana saya menyesuaikan diri? Saya rasa, saya lebih bertuah berbanding rakan-rakan politik yang lain kerana pernah bekerja bersama penjawat awam, saya faham tentang sesuatu kebiasaan, saya tahu bagaimana mereka menyesuaikan diri. Mereka perlu diberi jaminan berbanding diberi cabaran. Jika anda mencabar mereka, mereka akan menjadi lebih reaktif berbanding untuk menyokong anda.
Bagaimana dengan prestasi ekonomi negeri?
Saya fikir kita telah berjaya mengubah minda rakyat bahawa mereka kini sedar sumber ekonomi negeri Selangor adalah untuk mereka. Kemudian kita terjemahkan sumber-sumber itu kepada program yang dipanggil Hasil Negeri Untuk Rakyat. Saya fikir lebih 20 atau 40 tahun yang lalu, anda tidak mendengar jenis kenyataan sebegitu, walau pun terdapat kenyataan seperti 1Malaysia dan lain-lain. Tetapi ia tidak pernah benar-benar diterjemahkan menjadi sesuatu yangreal. Tetapi kini kerajaan Selangor tidak seperti itu.
Maka dengan penilaian dan kapasiti saya, saya berjaya tingkatkan hasil negeri dan saya terjemahkannya dalam bentuk dividen buat rakyat. Saya rasa kami telah melakukan jauh lebih baik daripada kerajaan sebelumnya kerana mereka tidak melihat dari sudut itu, mereka hanya melihat “Ya, kita bagi ikut permintaan,” tetapi tidak melihat kepada kesan mikro dan mengapa mereka melakukannya.
Bagaimana dengan ekonomi Selangor dan ekonomi Malaysia dari kaca mata Tan Sri?
Sudah tentu ekonomi Selangor sangat berhubung kait dengan ekonomi Malaysia. Malah, ekonomi Selangor merupakan gambaran kepada ekonomi Malaysia kerana Selangor menyumbangkan tidak kurang daripada 25 peratus dari ekonomi Malaysia. Pertumbuhan ekonomi Selangor memberi sumbangan yang sangat besar kepada ekonomi Malaysia. Malaysia ini menjalankan dasar ekonomi terbuka maka, Selangor juga menjalankan dasar yang sama.
Maknanya kebanyakan urus niaga yang kita lakukan ini ada hubungkaitnya dengan negara luar. Lebih 70 peratus daripada apa yang kita hasilkan ke luar (eksport) yang bermakna domestik kita tidak bergantung sepenuhnya kepada ekonomi dalam negeri, tetapi ekonomi dunia. Berdasarkan pergolakan ekonomi dunia seperti di Eropah yang masih berjuang menyelesaikan masalah mereka, Amerika Syarikat pula punya masalah sendiri.
Gambaran cerah yang dapat dilihat adalah dari rantau Asia seperti China, India dan sebagainya. Tetapi kita boleh lagi berkata yang kita berada di dalam rantau yang betul dan masih selamat, Asean dan Asia. Walau pun begitu, kita tidaklah benar-benar dalam kedudukan yang sangat selesa.
Oleh itu, bolehlah saya katakan perkara yang baik berlaku sekarang dalam susunan untuk ekonomi bertahan dalam tempoh sangat tidak selesa. Maka itu kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri kita telah meningkatkan aktiviti-aktiviti domestik yang pastinya selaras seperti apa yang kita perlukan, memajukan (boosting) Lembah Klang.
Kita telah pun berada di situ. Itulah sebabnya BN tidak tidur lena. Ekonomi Selangor akan melonjak dengan pelbagai program dan urus niaga yang akan dilakukan. Negeri-negeri di bawah UMNO akan berhadapan masalah, tetapi Selangor tidak akan berada dalam keadaan yang tidak selesa seperti itu.
Program pencegahan rasuah (dalam Geran Selangorku ada program pembasmian rasuah dan penyelewengan ), setakat ini bagaimana responnya?
(Ketawa) Everybody is scared now! Sekarang saya cuba untuk melaksanakan satu persatu dahulu. Sekarang kita sudah ada dana untuk diterjemahkan seperti contohnya Transparency International. Mereka akan menilai cara untuk melakukan tender dan boleh mengenal pasti sama ada berlaku rasuah atau tidak. Mereka juga memerlukan penyelidikan tertentu. Saya akan menggunakan wang itu untuk diberikan kepada mereka.
Terdapat sebuah lagi yang mahu sertai tetapi itu saya perlu baca dan mengkaji dahulu. Tetapi yang lain-lain pula, cuma bermain sembunyi-sembunyi sebab saya rasa ia adalah kerana budaya Malaysia sendiri, akan ada yang berkata, “Si polan itu rasuah, si polan ini pun rasuah.”
Tetapi apabila ditanya kembali kenapa berkata begitu, mereka akan cakap, “Tak tahu tetapi saya tahu si polan itu rasuah.” Jadi, kami mahu mengubah budaya sebegini. Dalam masa sama, whistle blower (pendedah penyelwengan) juga penting, tetapi anda perlu ingat bahawa mereka juga ada liabiliti. You blow the whistle you may loose the job. (Anda dedahkan sesuatu anda mungkin hilang kerja). Oleh kerana itu kita  perlukan insurans, dan itulah sebabnya saya masukkan sekali (insurans).
Bagaimana hubungan dengan Istana Selangor?
Berhubung isu dengan Sultan, anda perlu patuh, isu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan seperti patuh kepada raja-raja dan kedudukan istimewa Melayu. Ia telah termaktub di situ melainkan jika kita mahu mempersoalkannya, tetapi kita tidak boleh mempersoalkan Perlembagaan. Ya, terdapat orang-orang di dalam istana yang mahu kita menguatkuasakannya, tetapi secara keseluruhan ia kembali kepada tahap asal yang telah ditubuhkan (berdasarkan Perlembagaan).
Isu gereja Damansara, kita boleh dikatakan ia berjaya diselesaikan secara profesional. Tidak ada lagi spekulasi. Jika anda fikir kejadian itu memang berlaku, laporkan. Anda tidak boleh cuma membayangkan dan kemudian mengatakan, “Ya kejadian itu memang berlaku.”
Di akhir kelak, salah satu kriteria yang paling penting untuk kejayaan Pakatan ialah dapat bekerja semula sebagai satu pasukan yang kukuh. Inilah isu yang lebih penting. Saya yakin yang kita memang boleh sebab kita berjuang kerana tujuan yang lebih besar. Dan ia sentiasa merangsang minda dan keazaman kita.
Bagaimana dengan peluang Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 ?
Saya perlu sebut di sini setelah tiga tahun, kita boleh melihat masyarakat telah merasakan bahawa mereka berada dalam situasi yang lebih baik sekarang. Betapa selesanya berbanding 2008, saya sendiri sedikit terkejut. Rakyat sudah mengenali kita dengan lebih dekat. Sebelum ini mereka kenal kita dengan meneka, tetapi sekarang mereka kenal kita kerana mereka betul-betul kenal kita. Kita adalah sebahagian dari mereka.
Malah, ketika saya masuk ke kawasan Melayu seperti Sabak Bernam, Sungai Besar dan lain-lain itu. Masyarakat di sana baik-baik saja. Mereka banyak bercerita tentang ‘kejahatan’ kami yang ditulis melalui Utusan. Tetapi saya fikir secara keseluruhannya, kami telah mendekati rapat masyarakat dan kami sekurang-kurangnya tidaklah seburuk 2008.
Kami lakukan pelbagai program untuk rakyat, yang diamanahkan oleh rakyat untuk menguruskan negeri Selangor selama lima tahun. Untuk itu kami telah membuat dan sentiasa merangka plan. Kalau tahun ini ada pilihan raya dalam dua atau tiga bulan pertama, bagaimana saya sempat terjemahkan belanjawan itu kepada rakyat Selangor?
Sebab itu saya katakan dahulu, kalau Kerajaan Persekutuan hendak mengadakan pilihan raya selepas bulan Jun 2012, baru kita akan mempertimbangkannya. Tetapi jika mereka hendak adakan pada Januari, Februari, Mac, kita tidak akan pertimbangkan.
Apa risiko perbezaan pembubaran DUN dan Parlimen?
Hujah saya ialah, saya mahu membuktikan kepada rakyat tanpa mengira apa yang Kerajaan Persekutuan buat. Saya akan melakukan yang terbaik untuk rakyat sebaik mungkin yang setakat yang saya fikir saya mampu lakukan.
Gambarkan begini, (pilihan raya) cuma ada dua kesan iaitu sama ada kita kalah atau menang. Jika kita menang, jelas bahawa usaha kita mendapat sambutan rakyat. Jika kita kalah, kita masih ada peluang lagi pada pilihan raya seteusnya (PRU14). Kita perlu lawan kembali sehingga menang.

Nostalgia perjuangan guru

http://roketkini.com/wp-content/uploads/2012/01/pix-for-nostalgia-perjuangan-guru.jpg

Sebut sahaja nama Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), rata-rata rakyat yang hidup sebelum dan sesudah Perang Dunia Kedua  meremang bulu roma mereka hasil daripada tiupan semangat nasionalisme kelahiran para guru dari situ.
Apakan tidak, di awal penubuhannya sahaja sudah cukup meyakinkan rakyat  untuk mengakui kebangkitan para gurulah yang mendorong gerakan kebangsaan untuk memulai wacana kemerdekaan negara.
Pasti, slogan mahasiswa khususnya bakal guru sebagai ‘juru bicara’ rakyat bukanlah hal yang asing dan terpisah dari masyarakat.
Dahulu, kita sudah menyaksikan anak-anak bangsa kita yang berjuang menuntut kemerdekaan adalah merupakan mahasiswa perguruan. Jadi, atas teras inilah golongan yang memperkecilkan kelompok pelajar perguruan bermakna mereka tidak ubah seperti berusaha menterbalikkan sejarah yang sahih di sisi masyarakat.
Tidak usahlah kita memperkecilkan potensi pelajar pada hari ini atas alasan mahasiswa kita akan ketinggalan, abai pada perintah dan harapan ibu-bapa, dilalaikan di dalam larut politik semasa.
Apakah pejuang kemerdekaan yang terbit daripada semangat pencerahan para guru suatu ketika dahulu sebenarnya berpijak di ruang yang fana dan berpaksi di atas kayangan?  Sudah-sudahlah memperkecilkan bakal pendidik ini.
Dan akhirnya kita terpaksa akur bahawa dongak dan tunduknya bangsa kita ini adalah tersandar dengan tidur atau sedarnya bakal pendidik kita. Merekalah pencorak generasi dan penentu utama masa hadapan Malaysia.
Kebangkitan perjuangan guru
Melintas kembali romantisnya sejarah perjuangan pelajar perguruan MPSI yang kini dikenali dengan nama Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), cetusan gerakan kemerdekaan awal menerusi Kesatuan Melayu Muda sekitar 1930 adalah diasaskan oleh seorang graduan MPSI yang bernama Ibrahim Haji Yaakob.
Bermulanya gerakan radikal yang saya kira mungkin detik pertama dalam usaha memerdekakan tanahair kita ini disulami kebangkitan golongan terpelajar tidak lain tidak bukan dari UPSI sendiri.
Siapa pula Harun Aminurrashid?  Apa latar belakang pendidikan pendeta Za’ba ( Bapa Kesusasteraan Melayu Moden) atau tahukah kita dari manakah bermula perjuangan Aminuddin Baki? Seorang reformis pendidikan kita yang merupakan sebahagian  lingkaran kebangkitan para guru untuk meniup semangat kebangsaan negara.
Jadi, penerus kebangkitan nilai kebangsaan ini bermula dengan jatuh bangunnya pelajar perguruan. Kalau mahu bercerita sumbangan besar mereka, saya kira satu hari pun belum tentu cukup untuk menggambarkan betapa pentingnya kebangkitan guru dalam menegakkan keadilan dan hak  rakyat yang tertindas.
Memori luka
Kini, memori luka perjuangan pelajar perguruan yang juga pejuang kemerdekaan negara agak sedikit tersadur menerusi penerusan mahasiswa-mahasiswa yang aktif memperjuangkan hak mereka.
Kita sudah cukup penat untuk dibebani dengan krisis yang melanda para guru kita. Dari satu hak kepada hak yang lain ditarik, dibebani dengan beban tanggungjawab mendidik dan memerdekakan minda anak bangsa tetapi persoalan utama inikah layanan sebenar pihak berkuasa terhadap bakal pendidik kita dengan diherdik dan diperlakukan sebegini lupa?
Sudahlah begitu, parti pemerintah yang suatu masa dahulu bergantung kepada sumbangan para guru telah meminggirkan mereka kerana ghairah dengan ‘tokoh korporat’ dan ‘profesional’. Akhirnya ia terpalit dengan jenayah dan dosa rasuah serta penyelewengan yang juga bertaraf ‘korporat’ dan ‘profesional’.
Adakah pemerintah sedar apa yang mereka lakukan ini seumpama membunuh masa depan bangsa Malaysia kita?
Sebutkan pada mereka di celah mana sekalipun, sejarah kebangkitan rakyat seluruh dunia tidak satu pun yang memperkecilkan sumbangan mahasiswa dalam mendalangi peristiwa-peristiwa terbabit.
Hal kemuncak kebangkitan mahasiwa sendiri seperti yang dunia lihat adalah menerusi protes pelajar 15 April 1989 di Tiananmen Square di China dimana kebangkitan yang didokongi gerakan pelajar bukanlah fakta yang diruncit tanpa penjelasan fakta sejarah yang kukuh. Begitu juga kebangkitan mahasiswa dan bakal guru di Indonesia dalam reformasi 1998.
Jadi, di mana letaknya kumpulan pelajar ini di sisi masyarakat kita? Adakah mahasiswa kita sudah cukup tercerah sekiranya mereka hanya larut di dalam sistem yang melahirkan pelajar secara teknikal berilmiah tetapi tidak mampu bersifat kritis terhadap ranah pendidikan kebangsaan ini?
Sampai bila untuk kita sanggup melihat kegagalan demi kegagalan tercipta hanya untuk menutup kerang busuk yang membuat onar. Saya percaya peristiwa pembantaian mahasiswa 1 Januari lepas seharusnya menjadi titik tolak untuk sama-sama kita berganding tangan menentang kemusnahan yang sedang tercipta.
Sedar dari lena yang panjang
Mahasiswa ini bukan menuntut ruang untuk berhibur dan berfoya-foya tetapi mereka cuba mengabdikan diri mereka untuk terbabit dalam tanggungjawab kenegaraan. Suara-suara kecil mereka mahu didengari sebagai senjata yang membela rakyat jelata supaya tidak ditipu penguasa.
Akhir sekali, kita harus akur bahawa kebangkitan guru dan bakal guru inilah sumbu yang menyalakan pelita kebangkitan rakyat menentang kezaliman penguasa. Tinggal apa lagi ~ sedarlah para guru dari lena yang panjang, tiupan kebangkitan hanya tunggu tersebar bila anda semua bangkit melawan kebobrokan. –

Sunday, 1 January 2012

Abu Dhabi Ciptakan Alat Penurun Hujan di Gurun Pasir

Ilustrasi hujan
Selama berabad-abad, masyarakat yang hidup di Timur Tengah bermimpi untuk mengubah padang pasir yang panas dan tandus menjadi lahan pertanian, dengan air yang mengalir deras dari kran.
Kini, mimpi itu makin dekat pada kenyataan, setelah para ilmuwan yang dipekerjakan pimpinan Abu Dhabi mengklaim telah menghasilkan serangkaian hujan di lahan panas.


Ilmuwan mengklaim telah menurunkan hujan di Al Ain, di Timur Abu Dhabi, menggunakan teknologi yang didesain mengontrol cuaca. Saat cuaca cerah dan tak berawan, apalagi hujan, di wilayah Al Ain, dengan alat ini, justru bisa turun hujan. Bahkan, bisa turun hujan sampai 52 kali!
Kebanyakan hujan dihasilkan di puncak musim panas, Juli dan Agustus. Para ilmuwan bekerja secara rahasia atas perintah presiden Uni Emirat Arab, Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan.


Mereka menggunakan ioniser raksasa, rangka baja yang bentuknya seperti penutup lampu untuk menghasilkan partikel negatif. Alat ini akan mendorong terbentuknya formasi awan yang diharapkan akan memicu turunnya hujan.

Dalam sebuah video rahasia, pendiri perusahaan Swiss yang bertanggung jawab dalam proyek ini, Metro Systems International, mengklaim telah sukses. “Kami telah berhasil menurunkan hujan,” kata Helmut Fluhrer, seperti dimuat Daily Mail.

Seperti diberitakan Sunday Times, ini adalah kali pertamanya, sebuah sistem mampu menciptakan hujan di langit yang cerah.


Di masa lalu, China dan beberapa negara lainnya menggunakan bahan kimia untuk menyemai awan, baik untuk merangsang turunnya hujan maupun menghentikan tumpahan air dari langit.

Juni lalu, Metro System membangun lima ioniser atau peng-ion dengan 20 pengemisi yang bisa menciptakan triliunan ion pembentuk awan ke atmosfer. Proyek ini dimonitor oleh Max Planck Institute for Meteorology, salah satu dari pusat fisika atmosfer utama dunia.

Beberapa ilmuwan ragu dengan hasil mencengangkan proyek Abu Dhabi, apalagi negara itu berada di pesisir yang kemungkinan kecil bisa mengalami curah hujan di musim panas (yang dipicu naiknya uap dari laut yang panas) sebelum akhirnya menjadi hujan.

Namun, penelitian mengungkapkan, turunnya hujan di wilayah itu bisa terjadi setelah mesin peng-ion dinyalakan.

Professor Peter Wilderer dari University of Munich mengaku menjadi saksi keajaiban proyek ini. “Kita makin mendekat ke sebuah titik, di mana kita bisa meningkatkan ketersediaan air bersih menghadapi perubahan global yang dramatis,” kata dia.

Kambing hitam telah di korban..

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/386495_10150499979289281_261707319280_8369838_259070773_n.jpg

Fitnah ciptaan Najib, Mahathir adalah virus pelumpuh harga diri rakyat

"Maka lahirkan professor kangkung tanpa ilmu, golongan agama yang sanggup mencuri wang zakat, mereka yang bersumpah dalam masjid untuk menghalalkan fitnah, pengarang-pengarang media yang melacurkan etika kewartawanan, menteri yang korup, hakim yang menginjak hukum, polis yang jadi kuda tungangan penguasa, mahasiswa seperti robot "



Selama 54 tahun memerintah, Umno/Barisan Nasional telah berjaya melahirkan dua tokoh pemfitnah besar dalam sejarah, iaitu Mahathir Mohamad dan Najib Razak. Demi nafsu serakah untuk mengekalkan kuasa, kedua-kedua mereka mengamalkan ajaran Nicollo Machiavelli, iaitu 'matlamat menghalalkan cara' dengan memfitnah Anwar Ibrahim melakukan liwat walau tanpa saksi.

Machiavell dalam suratnya kepada Lorenzo de’ Medici pada pertengahan abad ke 16, menekankan pentingnya seseorang penguasa mengekalkan kuasa dengan meminggirkan eitka dan keadilan.Pemikiran Machiavell bertentangan dengan prinsip Islam yang menekankan keadilan sebagai teras utama membangun sebuah negara.

Dalam kedua-dua tuduhan ke atas Anwar, pada tahun 1999 dan sekarang, tidak ada seorang pun saksi berwibawa yang dikemukakan oleh Mahathir dan Najib itu melainkan pengakuan tertuduh yang sangat meragukan.  Dalam konspirasi pertama, saksi utama Azizan ABu Bakar terang-terangan dalam mahkamah menyatakan semua tuduhan dan tarikh yang disebut adalah rekaan, lihat semula rekod mahkamah ketika Azizan dioal balas oleh peguam Fernando.

Fernando: Adakah kamu memberitahu polis bahawa kamu diliwat pada tahun 1994?
Azizan: Tidak.
Fernando: Siapa merekacipta keterangan ini?
Azizan: Saya tak tahu.
Fernando: Adakah kamu memberitahu polis bahawa kamu diliwat pada tahun 1992?
Azizan: Tidak.
Fernando: Siapa merekacipta keterangan ini?
Azizan: Saya tak tahu.
Fernando: Tarikh 1992 adalah palsu?
Azizan: Ya
Fernando: Saya katakan kepada kamu tarikh pertuduhan dipinda kepada 1993 sebab bangunan (Tivoli Villa) belum siap untuk diduduki?
Azizan: Saya tak tahu.
Fernando: Adakah anda setuju dengan cadangan saya tadi?
Azizan: Ya.
Fernando: Siapa yang menyuruh anda menukar tarikh kepada 1993?
Azizan: SAC1 Musa bin Hassan (Pegawai Penyiasat ketika itu sebelum dinaikkan pangkat ke Ketua Polis Negara, kini bersara).

Namun, Anwar tetap dijatuhkan hukuman kerana itulah matlamat tokoh-tokoh durjana yang mahu memenjarakan beliau melalui fitnah ini. Begitu juga yang akan berlaku dalam kes sekarang.  Tertuduh pertama, Mohd Saiful Bukhari Azlan menyembunyikan laporan polis beliau sendiri kerana ia jelas bertentangan dengan pengakuannya dalam mahkamah, dalam erti kata lain, dia berbohong. Dan kita tidak percaya hakim dalam kes ini yang telah dikembirikan akan berlaku adil.

Mahathir dan Najib enggan hadir ke mahkamah untuk membuktikan tuduhan mereka. Sebaliknya menyebarluaskan fitnah melalui media eletronik dan teknologi IT lalu mencanangnya kepada 6500 juta warga dunia. Ia juga disebarkan melalui akhbar dan TV kepada 30 juta rakyat Malaysia dari kota hingga ke pendalaman.

Manakala bagi melegalisasikan plot jahat ini, kedua-dua "Bapa Fitnah" ini mengheret seluruh institusi penguatkuasa - hakim, Peguam Negara, Polis, termasuk juga media, saksi-saksi yang dipaksa seperti para doktor, pegawai bawahan polis dan pegawai kerajaan untuk bersekongkol.

Seluruh jabatan kerajaan, institusi pendidikan, institusi masyarakat, institusi keagamaan, institusi penerangan dikerahkan untuk bersama-sama menyokong dan menyebarluaskan fitnah ini ke seluruh lapisan masyarakat. 
Kesannya, fitnah terhadap Anwar bukan saja menzalimi mantan Timbalan Perdana itu dan keluarganya sahaja, tetapi juga turut memporak peranda seluruh rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia terpecah kepada dua golongan. Golongan penyokong fitnah dan golongan penentang yang ditekan. Golongan penyokong fitnah bercirikan manusia-manusia tanpa jati diri, tanpa akal sihat dan tanpa menghormati peradaban.

Maka lahirkan professor kangkung tanpa ilmu, golongan agama yang sanggup mencuri wang zakat, mereka yang bersumpah dalam masjid untuk menghalalkan fitnah, pengarang-pengarang media yang melacurkan etika kewartawanan, menteri yang korup, hakim yang menginjak hukum, polis yang jadi kuda tungangan penguasa, mahasiswa seperti robot dan sebagainya.

Manakala golongan yang menentang fitnah ditekan, undang-undang draconian terus dicipta, peraturan-peraturan zalim terus diperkenalkan bagi menghalang mereka berfikir dan bersuara. Hasilnya, rakyat hidup dalam keresahan, hilang kemampuan akal sihat, hilang jati diri dan martabat sebagai insan. Fikiran mereka diracuni virus paling berbahaya, iaitu fitnah dan lebih celaka ia dicipta oleh pemimpin mereka sendiri.

Rakyat tanpa jati diri adalah mayat hidup, yang berjalan tanpa arah dan tujuan serta mudah diperkudakan penguasa.  Fenomena ini akan menjurus Malaysia ke arah kehancuran. Jika mereka mencipta virus, Najib dan Mahathir bukanlah pemimpin yang wajar dihormati, sebaliknya adalah makhluk perosak dan perlu disingkir demi menyelamatkan Malaysia.

Jawapan Gardenia Terhadap Tohmahan di Internet atau Massimo Diserang ?

http://www.shahabudeenjalil.com/wp-content/uploads/2011/12/gardenia-logo-940x198.jpg
http://www.shahabudeenjalil.com/wp-content/uploads/2011/12/boikot-gardenia.jpg
Segalanya mula diketahui oleh orang ramai apabila satu artikel disiarkan di laman website PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) yang mendakwa Cina Boikot Melayu baru-baru ini.
Ini adalah jawapan dari Gardenia yang nampak lemah dan terlalu UMUM. Siapa yang dimaksudkan pun tidak diketahui ? Apa isunya ? Orang yang baru mengikuti isu ini pasti akan menjadi lebih keliru. Mungkin juga ini satu publicity stunt. Publicity stunt adalah sesuatu tindakan yang dibuat dengan sengaja untuk menarik perhatian orang ramai. Ia boleh jadi dengan cara negatif atau positif. Yang peting, orang memberi perhatian dan jualan akan meningkat.
Dalam artikel Cina Boikot Melayu itu tadi, PPIM seperti biasa mendakwa tanpa sebarang bukti yang kuat bahawa orang Cina mula untuk memboikot roti Melayu iaitu roti Gardenia . Bukti yang ada hanyalah screenshot Facebook seseorang individu. Jika nak digunakan itu sebagai bukti, pelbagai lagi dakwaan yang dibuat di facebook.
Saya tahu sedikit sebanyak mengenai kisah antara Gardenia dan PPIM ini. Tujuan saya menulis ini adalah kerana saya merasakan adalah tidak adil untuk sebarang syarikat yang dijatuhkan dengan bukti yang tidak cukup oleh sesiapa yang tidak berautoriti.
PPIM dan Gardenia telah lama berkerjasama untuk kebaikan dan untuk menyerang musuh Gardenia. Ini semua bermula pada tahun 2002 apabila dalam kempen boikot barangan Amerika, PPIM pada waktu itu telah meletakkan Gardenia sebagai salah satu barangan yang perlu diboikot. Alasan mereka adalah Gardenia dibungkus dengan jalur bendera Amerika Syarikat. (cuba tengok bungkusan plastik roti Gardenia, anda akan memahaminya).
Selepas itu Gardenia menghubungi PPIM dan menerangkan bahawa Gardenia ini mempunyai pegangan saham syarikat Muslim Bumiputera seperti Bernas. Dan Gardenia bukan syarikat milik Amerika Syarikat. Perhubungan mereka terjalin dan pihak PPIM pula menerima penajaan daripada pihak Gardenia. Banyak program-program yang baik PPIM yang ditaja oleh Gardenia. Saya tidak tahu niat Gardenia pada waktu itu. Mungkin ada udang di sebalik batu, mungkin tidak.
Setelah Gardenia dan PPIM mula menjadi semakin rapat. Pakatan ini digunakan oleh PPIM untuk mendapatkan penajaan daripada Gardenia, manakala Gardenia pula menggunakan kesempatan ini untuk menggunakan PPIM menyerang saingannya.
Maka bermulalah episod penyebaran berita bahawa roti High5 mengandungi lemak babi dari Jerman (ada yang mengatakan dari Israel). Setelah tersebar ke internet, berita ini merebak bagaikan api yang ditiup oleh angin ribut di internet. Sudah tentu jualan syarikat High5 akan jatuh merudum. Masyarakat kita tidak perlu bukti. Hanya satu sebaran sms seperti“Ada seorang Ustaz kawan aku dari Terengganu kata, roti High5 ada lemak babi dari Jerman”. Ini sudah cukup.
Pada episod kedua pula, PPIM membuat penyerbuan ke atas kilang High5. (Sedangkan PPIM tidak mempunyai sebagai autoriti untuk menyerbu sebarang premis. Mereka ini hanyalah satu persatuan biasa.  Mereka bukan mana-mana Jabatan Kerajaan). Penyerbuan ini divideokan dan disebarkan sekali lagi.
Kali ini adalah pukulan yang sangat kuat. Walaupun selepas itu High5 membalas dengan membawa Ustaz Hassan Din ke kilang mereka. Berikut kenyataan akhbar Ustaz Hassan Din.
‘‘Saya telah melawat kilang roti ini di Nilai, Negeri Sembilan apabila mendapati maklumat yang tersebar sebelum ini mengatakan kononnya roti keluaran syarikat ini menggunakan minyak babi dalam ramuannya adalah tidak benar.
‘‘Kekeliruan ini juga dipercayai sengaja diada-adakan pihak pesaing. Jadi, sekarang sudah terbukti tiada lagi keraguan mengenai status halal roti keluaran Silver Bird Group ini,’’ katanya. (sumber : Utusan Malaysia)
Namun apabila kredibiliti sesuatu syarikat seperti high5 dijatuhkan, adalah hampir mustahil untuk mengembalikannya semula ke tahap asal walaupun diambil ustaz setinggi mana pun untuk membuat kenyataan.
Episod Baru Gardenia dan PPIM ?
Episod terbaru ini pula adalah mungkin pakatan baru pihak PPIM dengan Gardenia untuk menghancurkan pesaing baru mereka roti Massimo pula.
Isu dikeluarkan mengenai orang Cina yang memboikot barangan Melayu. Kemudiannya pengguna Melayu pun bertindak. Isu persaingan 2 syarikat Gardenia dan Massimo dijadikan isu perkauman antara Melayu dan Cina. Mereka ini tidak sedar bahawa bermain dengan sensitiviti isu perkauman ini adalah sesuatu yang sangat bahaya.
Bagi saya secara peribadi tujuan saya tulis artikel ini bukan untuk memihak kepada mana-mana pihak samada PPIM, Gardenia, High5 atau Massimo. Saya menulis atas 2 sebab.
  • Cuma saya merasakan perlu untuk kita mempunyai satu sikap meminta bukti apabila seseorang membuat sebarang pendakwaan. Nabi Muhamad S.A.W. sendiri melarang keras orang yang menyebarkan sesuatu yang dia tidak tahu kesahihannya. Lagi pula jika kita menyebar fitnah, maka keadaan akan menjadi lebih teruk.
  • Pihak yang tidak mempunyai authoriti seharusnya tidak boleh diberi kuasa untuk bertindak untuk menjatuhkan nama mana-mana syarikat.
Contoh isu lain yang dimainkan oleh PPIM secara tidak bertanggungjawab
1. Isu Ubat Gigi Halal keluaran Muslim . Isu ini dimainkan untuk menjatuhkan Colgate dan menaikkan nama Ubat Gigi Mukmin, kononnya ini adalah produk keluaran orang Islam. Namun ini tidak tepat kerana kilang membuat ubat gigi Mukmin adalah American Lion Toothpaste Manufacturing Sdn Bhd, sebuah syarikat bukan Islam. Baca lanjut di Dewa Kebaikan.
2. Isu Sosej Babi – Pada mulanya PPIM mendakwa sarung sosej yang digunakan ada mempunyai unsur babi (rujuk berita ini pada 15 mac 2005). Asas dakwaan mereka mudah, sarung itu tak ada sijil halal, jadi mesti diperbuat dari babi. He he he.
Selepas 2 minggu, Kementrian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggunakan mengeluarkan kenyataan bahawa sarung sosej ini BEBAS dari unsur babi. (Rujuk sini)
Apa jadi pada perniagaan yang difitnah sebegini ? Mereka akan jatuh merudum. Masyarakat umum tidak perlukan bukti dan fakta untuk mempercayai sesuatu. Cukup sekadar sebaran sms atau email seperti yang “didengar daripada PPIM”.
Jadi apa yang penting dalam perniagaan adalah sama seperti politik, yang penting hanyalah PERSEPSI.
Kita tunggu apa episod seterusnya…
Sekian, terima kasih
Shahabudeen Jalil